Powered By Blogger

Monday, October 17, 2016

Kerutuk Ayam/Daging

Bahan2

  • 1 ekor ayam / 1kg daging batang pinang
  • 1 keping gula kabung/melaka
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 4 keping asam gelugor/keping
  • 1 kotak santan kara (apa2 brand pun boleh)
  • 4 sudu besar minyak masak
·         Optional
  • Ubi kentang 3 biji belah 4(rebus bagi empuk)

Untuk tumis
  • 1 keping kulit kayu manis
  • 6 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga lawang
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 batang serai – ketuk

Untuk dikisar
  • 3 biji bawang besar
  • 6 ulas bawang putih
  • Halia sebesar ibu jari
  • 2 batang serai
  • 4 sudu besar rempah kerutuk
  • 2 sudu besar cili boh
  • 250ml air masak
Cara-cara

Panaskan minyak. Tumis serai, kulit kayu manis, buah pelaga,
bunga lawang & bunga cengkih hingga naik bau. 
Masukkan bahan2 dikisar dan tumis hingga pecah minyak.   
Masukkan ayam, asam keping, santan, gula melaka. Kacau sehingga sebati. 
Masak ayam sehingga empuk. Masukkan kerisik dan kacau perlahan-lahan sehinnga
sebati. 
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biar sehingga mendidih
dan separuh kering baru masukkan kentang yg dah direbus tadi. 
Kacau sekejap. Biar dlm 10 minit. Tutup api dan boleh dihidang. 




Sunday, October 16, 2016

Penang Mee Hokkien

Penyediaan Stok/Sup Menggunakan Kepala Udang dan Udang Kering

Bahan-bahan 
  • 1 kg. udang sedang
  • 200gm udang kering

Cara2

Kopek udang dan asingkan kepala dan kulit udang. Kulit udang asingkan untuk kegunaan buat stok dengan ikan bilis pula nanti.

Panaskan kuali dan masukkan dua sudu minyak masak. Maukkan udang kering dan goreng selama 7-8 minit, kemudian masukkan kepala udang dan goreng sekali. Bila kepala udang bertukar kepada kemerahan. Keluarkan gorengan ini.
Gunakan 2 liter air untuk mengisar halus gorenagan di atas. Panaskan periok atau stock-pot dan masukkan hasil kisaran ini. reneh selama 45 minit. Matikan api dapur dan biarkan rebusan ini semalaman untuk seluruh patinya diserap air rebusan.

Penyediaan Sambal Cili

Bahan2
  • 20 tangkai cili kering, di rebus
  • 1 inci belacan bakar 
  • 1 sudu teh asam jawa. Adabi Xtra
  • Sedikit air
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam dan gula secukup rasa
Cara2

Kisar semua bahan-bahan hingga halus.
Tumis ambal ini dengan 2 sudu besar minyak sehingga sambal terbit minyak. 
Masukkan garam dan gula. Kacau dan tutup api.


Penyediaan Stok/Sup Ikan Bilis

Bahan-bahan

  • 200 gm. ikan bilis .
  • 2 inci halia yang diketuk.
Cara2

Panaskan stock pot/ periok. 
Masukkan 2 liter air. 
Masukkan ikan bilis dan halia ketuk. 
Reneh stok ini selama 45minit – 1 jam. 
Selepas selesai tapis airnya dan simpan untuk memulakan langkah seterusnya.

Peringkat Terakhir Penyediaan Sup Mee Hokkien (dengan menggunakan dua jenis stok yang telah disiapkan)

Bahan-bahan 
  • 2 ketul kiub ayam.
  • 50 gm gula batu.
  • 1/2 cawan sambal cili ( ikut kepedasan anda).
  • Tambahan air untuk jadikan keseluruhan sup sebanyak 4 liter
  • Garam secukup rasa
Cara2

Tapis kedua-dua stok ini dan masukan dalam periok. Didihkan sup.
Masukkan gula batu, stok kiub ayam, dan sambal cili. 
Rasa garamnya kalau perlu tambahkan. Didihkan sup.
Semasa sup ini mendidih masukkan isi udang (yang telah digunakan kepala dan kulit udang) sedikit demi sedikit dan masak dua atau tiga minit saja dan keluarkan dengan menggunakan penapis, toskan dan sediakan untuk hiasan di atas hidangan nanti. 
Selepas masak semua isi udang, kecilkan api dapur dan renehkan sup ini sehingga digunakan.
Tambahkan air jika perlu untuk mendapatkan 4 liter sup. 
Sup anda telah sedia.

Penyediaan Terakhir Untuk Hidangan

Bahan-Bahan

  • Isi udang yang telah disediakan.
  • 1/2 kg. Sayur Kangkong/ Sawi
  • 150 gm.taugeh.
  • 5 kpg. Fishcake./ Tauhu yang digoreng dulu dan dihiris nipis
  • 1 kg. Mee Kuning.
  • Bawang Goreng.
  • Telur rebus
Cara2

Bila tiba buat hidangan, kumpulkan mee, taugeh dan kangkong dalam mangkuk dan isikan air panas mendidih selama 1/2 minit untuk menghilang bau alkali mee. 
Toskan dan kembalikan. Ratakan didalam mangkok hidangan. 
Hidang diatas isi udang, fish cake, tuang sup dan tuang kembali. 
Lakukan dua kali. Kali ketiga terus hidang dengan taburkan bawang goreng dan telur rebus. 






Laksa Sarawak

Bahan2

  • 2 peket pes laksa Sarawak
  • 1 peket mee hoon (rendam dan celur dfn air panas)
  • 2 liter air masak
  • 1/2 kg udang basah
  • 1/2 ekor Isi ayam (ayam direbus dan diracik halus)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 4 biji telur ayam (dadar, gulung dan hiris halus)
  • Taugeh (dicelur)
  • Daun ketumbar (hiris halus) - aku tak letak sbb tak suka bau daun ketumbar
  • 1 1/2 kotak santan (300ml)
  • Limau kasturi 
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara2

Rebus udang bersama 2 liter air dan serai yg diketuk. Toskan udang. Air rebusan jgn dibuang. Masukkan pes laksa dan masak dgn api perlahan.

Masukkan santan dan kacau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Biarkan mendidih dan tutup api.



Sambal Udang Kering

Bahan2

6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
Belacan bakar (sebesar ibu jari)
Segenggam udang kering
6 sudu besar cili boh
Sedikit air
1 sudu teh asam jawa adabi x tra
Gula dan garam secukup rasa
3 sudu besar minyak masak

Cara2

Blender bawang merah, putih, belacan, cili, udang kering dan sedikit air.

Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg diblender sehingga pecah minyak. Masukkan asam jawa, gula dan garam secukup rasa dan masak sehingga garing. Tutup api.

Cara2 penyediaan

Masukkan mee hoon dlm mangkuk. Tabur dgn ayam, udang, telur dadar, taugeh, daun ketumbar, perahan jus limau kasturi dan sambal udang kering. Senduk kuah laksa. Sedia dimakan.

Selamat mencuba





Saturday, October 15, 2016

Nasi Daging Sedap dan Air Asam Kerisik


Bahan-bahan
  • 4 pot beras basmathi - basuh bersih2 dan rendam 1 jam. Lepas tu toskan beras.
(4 pot beras - 4 1/2 pot air rebusan daging)

  • 1kg daging batang pinang. 
Cara2

Cuci bersih dan dipotong nipis dlm 1/2cm tebal. 
Rebus dgn sup bunjut sehingga lembut. Ketepikan. 
Air rebusan jangan dibuang kerana akan digunakan untuk memasak nasi nanti.
(Simpan dlm peti sejuk lebih kurang 2 jam utk asingksn lemak dan air rebusan. Buangkan lapisan lemak. Tak elok utk kesihatan)

Bahan2 tumis
  • 2 sudu besar mentega @ minyak masak
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih & bunga lawang)
  • 5 ulas bawang merah dihiris nipis
  • 2 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 2 inci halia diracik halus
  • 3 helai daun pandan disimpul
  • 1 ikat Sup bunjut (ambil isinya saja- ditumbuk hingga halus)

Bahan2 lain
  • 1/2 tin susu cair
  • 2 sudu teh garam
  • 100gm Kismis hitam @ kuning
  • 100gm Gajus
  • Bawang goreng - ditabur atas nasi
  • Daun sup & daun bawang - dihiris halus untuk ditabur atas nasi

Cara memasak

Cairkan mentega @ panaskan minyak. Tumiskan daun pandan dan rempah 4 sekawan sehingga naik bau. Bila telah harum, masukkan bawang dan halia. Kacau sehingga kekuningan.

Masukkan rempah sup bunjut yg ditumbuk halus dan kacau sekejap. Masukkan beras dan kacau sekejap lagi.

Masukkan air rebusan daging dan susu cair. Juga masukkan daging yg direbus tadi. (Daging dimasak bersama nasi).

Masukkan garam  dan gaulkan. Masak seperti nasi biasa.

Bila nasi sudah separuh masak, gemburkan dan masukkan kismis dan gajus. Gaul perlahan-lahan. Jgn kacau nanti beras hancur.

Bila telah masak. Taburkan hirisan daun bawang dan sup dan bawang goreng. 




Resepi Air Asam Kerisik

Bahan2 untuk dikisar
  • 2 biji tomato
  • 2 biji bawang besar 
  • 4 biji cili merah
  • 5 biji cili api
  • 400 ml air asam jawa
  • Belacan sebesar ibu jari
  • 2 sudu besar gula
  • Secubit garam
  • 3 sudu besar kerisik
Bahan2 untuk dipotong & dihiris
  • 2 biji tomato dipotong dadu
  • 2 biji bawang besar di hiris 
  • 3 biji cili merah dihiris
  • 5 biji cili api dihiris
  • 1 biji jus  limau nipis 
  • 3 biji mangga mengkal @ separuh masak dihiris halus

Cara2

Gaulkan bhn2 yg dipotong dengan bhn2 yg diblend bersama air asam jawa tadi









Friday, October 14, 2016

Nasi Ayam

Bahan2 (6-8 orang)

Untuk ayam
  • 1 ekor ayam (potong 8 atau 12)
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia yg diketuk
  • 3 liter air @ 3/4 periuk

Untuk perap
  • 3 sudu besar kicap pekat/kicap kipas udang
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1cm halia ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih ditumbuk
  • Sedikit kicap cair
  • 2 sudu besar madu

Cara2

Ayam dibersihkan dan dilumur dengan bawang putih yang ditumbuk dan 2cm halia yang diketuk. Rebus hingga empuk.

Toskan ayam dan perap  dengan bahan2 untuk perap dan letak sedikit gula dan garam. Simpan dalam peti sejuk15-20 minit. Goreng hingga keperangan atau sekejap sahaja dlm minyak yg betul2 panas.





Untuk nasi
  • 6 pot beras
  • 6 1/2 pot air rebusan ayam
  • 3 sudu besar butter
  • 1 inci halia ditumbuk
  • 2 ulas bawang merah ditumbuk
  • 3 ulas bawang putih ditumbuk
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 biji buah pelaga
  • Kulit kayu manis
  • 3 helai daun pandan
  • 1 batang serai diketuk
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh serbuk kunyit

Cara2

Basuh beras dan toskan.

Panaskan butter. Tumis serai, daun pandan, kulit kayu manis, bunga lawang dan buah pelaga hingga naik bau. Masukkan halia dan bawang yg ditumbuk dan tumis sehingga kuning keperangan. Masukkan beras, air rebusan ayam, garam dan pewarna kuning. Kacau sedikit dan masak seperti biasa.





Untuk Sos
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 sudu teh cuka
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula
  • 1/2 pot air rebusan ayam

Cara2

Blender kesemua bahan2 di atas dan masak sebentar dlm 5 minit. Angkat dan masuk dlm bekas.




Untuk kicap
  • 4 sudu besar kicap manis
  • 2 sudu teh gula
  • 3 biji cili api (jgn byk takut pedas)
  • 1/2 pot air rebusan ayam

Cara2

Blender semua bahan2 di atas dan masukkan dalam bekas.





Untuk Sup
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang besar dikisar halus
  • 1 sup bunjut @ rempah sup
  • Garam 

  • Daun sup dihiris
  • Daun bawang dihiris

Cara2

Air rebusan ayam didihkan bersama bawang kisar, rempah sup, garam, daun dan daun bawang. Tabur bawang goreng sebelum dihidang.